Sunday 23 February 2014

Sampah: kutip sampah dalam tong sampah: satu penilaian

Assalamualaikum.. salam sejahtera

Kali ini penulis ingin sama2 mengajak pengamal pekerja sosial dan aktivis (tanpa mengira bidang aktivis yang anda ceburi dan minati) berkaitan beberapa individu yang mencari makan (full time/part time) dengan mengutip sampah bagi sesuap nasi.Jika anda semua perhatikan, kini aktiviti mengutip sampah dalam tong sampah semakin menular. Penulis mengatakan penularan ini berlaku secara giat dan bersungguh sungguh sehingga melibatkan pada waktu siang hari.

Ada dua penilaian yang cuba untuk melakukan penilaian, pertama: manusia kini semakin kreatif ; kedua: desakan hidup.

Penilaian pertama, manusia kini semakin kreatif dengan cuba melihat dan menjadikan sampah sebagai satu produk yang produkti. Pada mulanya objek tersebut sesuatu perkara yang tidak bernilai, namun atas kekretifan manusia maka objek sampah tersebut boleh digunakan serta diubah suai untuk menjadikannya sesuatu yang berharga. Ini perkembangan yang positif dari sudut pembangunan modal insan itu sendiri.

Penilaian kedua, kerana desakan hidup. Penulis cuba untuk sedaya upaya untuk pengamal pekerja sosial dan aktivis melihat ini sesuatu perkara yang negatif. Dengan kenaikan ekonomi menyebabkan individu2 terbabit mengambil langkah ini bagi mencari makan untuk diri dan keluarga. Jika ini pilihannya, mungkin proses intervensi perlu dilaksanakan agar gejala ini tidak menjadi satu permasalahan yang mungkin boleh menyebabkan berlakunya permasalahan yang lain. 

Sekian, salam kerja sosial, salam pengorbanan.

TUAN MUHAMMAD ZUKRI BIN TUAN SEMBOK

Thursday 17 November 2011

PEKERJA SOSIAL: MODAL INSAN & MODAL SOSIAL

SALAM SEMUA, SALAM PEKERJA SOSIAL:-).

Apa khabar semua, diharap semua berada dalam keadaan yang baik dan memuaskan. Mungkin agak lama penulis tidak menulis di blog dek kerana beberapa kekangan yang tidak dapat untuk diulaskan. Kali ni, penulis ingin mengenengahkan isu yang mana sudah lama dan sering di perkatakan sama ada di bibir pemimpin-pemimpin mahupun dalam kalangan masyarakat umumnya iaitu persoalan modal insan dan modal sosial. 

Isu ni seperti memanggil-manggil penulis untuk berkongsi setelah beberapa sesi pengajaran yang disampaikan dan perbincangan yang tidak langsung penulis bersama-sama pelajar didalam kelas.  Isu ni telah diperdebatkan  dengan hangat di dalam kelas bersama-sama pelajar dan kerisauan semakin memuncak apabila melihat pelbagai permasalahan yang seringkali berlaku di dalam masyarakat akhir-akhir ini.

Modal insan adalah merupakan satu istilah yang sepatutnya tidak asing dalam dunia pembangunan manusia dan masyarakat hatta kepada profesion pekerja sosial.  Modal insan perlu wujud didalam setiap insan yang bergelar manusia.  Modal insan yang terbina dalam diri seseorang akan melahirkan individu yang mempunyai "elemen-elemen" ilmu pngetahuan, baik budi pekertinya, keluhuran akhlak (intergriti), bersopan santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, shat, bersemangat patriotik, adil dan sebagainya.  Elemen-elemen inilah yang diperlukan oleh seorang pekerja sosial yang profesional agar dapat membantu dalam proses intervensi.

Modal Sosial pula merupakan satu komponen yang mana ia merangkumi aspek perhubungan, jaringan (networking) serta perkongsian nilai dan norma yang mana ia secara bersama dalam memberi manfaat di dalam masyarakat setempat (komuniti) sekaligus mencapai kearah kesejahteraan hidup.

Modal Insan serta Modal Sosial merupakan saling perkaitan antara satu sama lain, dan kedua-duanyasaling melengkapi bagi membina seorang pekerja sosial yang holistik.  Pekerja sosial holistik yang ingin saya ketengahkan disini ialah pekerja sosial yang bukan hanya hebat dari segi ilmu pengetahuan serta merasakan dirinya hebat dan serba tahu tetapi juga perlu kemahiran pergaulan dalam masyarakat.  Pergaulan antara masyarakat melahirkan pekerja sosial yang mempunyai kasih sayang serta kebertanggungjawaban sosial dalam membangunkan masyakat yang baik.  Pekerja sosial memerlukan perhubungan dengan manusia bagi memahami apakah keperluan serta kehendak yang perlu dipenuhi menerus proses intervensi. Sebagai seorang pekerja sosial anda tidak boleh bersifat individualistik (bersendiri) anda perlu bergaul dengan masyarakat.

Oleh itu, seorang pekerja sosial yang profesional perlulah berusaha melengkapi diri bukan hanya "kaya" dengan modal insan tetapi juga "mewah" dari segi elemen-elemen modal sosial agar proses intervensi yang diberikan kepada klien adalah yang terbaik.

SEKIAN SALAM,
SALAM PEKERJA SOSIAL.

Tuan Muhammad Zukri Bin Tuan Sembok

Friday 12 August 2011

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

SALAM SEMUA, sudah agak lama kita tidak bersua. Rasanya masih tidak terlambat untuk saya nyatakan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN kepada semua kawan-kawan yang berada diluar sana.  Ramadhan merupakan satu bulan yang mulia, dimana bulan yang terbaik antara seribu bulan.  Bulan RAMADHAN hanya dikurniakan kepada umat NABI MUHAMMAD S.A.W dan tidak kepada umat-umat yang terdahulu.  Begitu hebatnya umat akhir zaman, UMAT NABI S.A.W. 

Bulan ini juga menuntut untuk kita bersabar dalam banyak perkara, ALLAH S.W.T ingin menguji iman hambaNya, sejauhmanakah hambaNya dapat taat perintahNya.  Di bulan yang mulia ini juga, kita dibanyakkan untuk berbakti kepada manusia yang lain di mana mungkin ada segelintir daripada masyarakat yang tidak mampu untuk menikmati hidangan pada waktu berbuka.  Mungkin kita seronok dengan pulang dari kerja, singgah di bazar-bazar Ramadhan yang dipenuhi dengan pelbagai juadah pembuka selera.  Tapi adakah kita ingat pada mereka yang kurang bernasib baik.



Sebagai pekerja sosial, sukarelawan, aktivis, pengamal kerja sosial sepatutnya perlu mengambil cakna akan hal ini.  Kita sepatutnya meluangkan masa untuk bersama-sama dengan mereka, menyelami hati mereka dan cuba menolong mereka.  Kita boleh membuat kebajikan dengan mengumpul dana-dana daripada mereka yang berkemampuan pada bulan ini. Bukan alasan untuk menyatakan bahawa bulan puasa adalah bulan untuk berehat dan hanya berada dimasjid-masjid semata-mata.  Cuba keluar sebentar untuk lihat kehidupan masyarakat luar disana.  Harus diingat bahawa dibulan ini, ramai dikalangan masyarakat hendak menderma, jadi kitalah sebagai pekerja sosial/sukarelawan/pengamal kerja sosial menjadi orang tengah untuk menyampaikan bantuan-bantuan tersebut.

Semoga segala kebajikan yang kita lakukan akan dibalas dengan ganjaran oleh ALLAH S.W.T. Semoga ketemu lagi di coretan yang akan datang

SEKIAN TERIMA KASIH

SALAM.

TUAN MUHAMMAD ZUKRI BIN TUAN SEMBOK




Sunday 24 July 2011

Kerja Sosial dan Sukarelawan

 SALAM SEMUA, Allahamdulillah bertemu lagi kita pertemuan  pada kali ini.  Sepanjang minggu ini dan minggu lepas kita ditonton dikaca tv dengan kehebatan wira-wira negara bola sepak berjuang demi sebiji bola untuk dirembat ke dalam gol, tahniah wira-wira Malaysia, permainan mu menghiburkan kami semua.  Namun kita tinggal dahulu sejenak berkenaan bola sepak untuk kita terus berkongsi tentang isu dalam dunia kerja sosial. Pekerja sosial bertugas berjuang untuk membina anak bangsa yang baik pada masa hadapan.  Kali ini saya ingin berkongsi berkaitan PEKERJA SOSIAL DAN SUKARELAWAN.



Saudara/saudari sekalian, kerja sosial adalah satu bidang yang profesional dan ia di iktiraf sebagai PROFESION (KERJAYA) dikebanyakkan negara-negara luar.  Di negara luar pekerja sosial begitu  di tagih khidmatnya dalam membangunkan ahli masyarakat sama ada perkhidmatan kepada individu, kumpulan serta komuniti (mikro, mezzo dan makro) bagi meningkatkan kesejahteraan sosial  Kerja sosial bekerja dengan manusia dan bukannya dengan peralatan teknologi seperti jurutera ,mekanik, dan sebagainya.  Manusia mempunyai hati dan perasaan yang berubah-ubah setiap masa dan keadaan. Ia lebih sukar berbanding dengan bekerja dengan peralatan teknologi yang perlu di repair apabila mengalami kerosakan.

SUKARELAWAN merupakan individu manusia sama ada bergerak secara individual atau berkumpulan yang menjalankan kerja sukarela.  Kerja sukarela adalah berbeza dengan kerja amal, kerja amal akan melibatkan satu hala sahaja iaitu pemberi akan memberi kepada penerima dan sukarela pula akan melibatkan kedua-dua pihak yang akan bekerja iaitu pemberi dan penerima.  Bukan semua manusia mempunyai jiwa dalam melakukan kerja sukarela kerana ia menuntut kepada pengorbanan seperti  profesion kerja sosial.  Namun apa yang membezakan profesion kerja sosial dan sukarelawan adalah dari segi ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai/etika yang terdapat dalam profesion kerja sosial.  Bukan saya katakan yang sukarelawan tiada elemen yang saya perkatakan tadi, tetapisukarelawan mempunyai eleman yang berbeza  dengan profesion kerja sosial.

Pekerja sosial yang ingin menjiwai profesion kerja sosial memerlukan sifat seperti yang ada dalam diri sukarelawan.  Sukarelawan mengajar tentang banyak pengobanan, dan ia mesti (boleh dikatakan wajib) ada dalam diri seorang pekerja sosial.  Pekerja sosial mungkin boleh belajar bidang kerja sosial sehingga ke tahap PhD tetapi belum tentu ia MENJIWAI bidang kerja sosial jika tiadanya sifat sepertimana diri seorang sukarelawan.  Anda semua cuba renungi sambil berada di beranda/anjung rumah untuk memahami apakah yang saya katakan ini benar atau salah.  Jika anda mengelarkan diri anada seorang PEKERJA SOSIAL YANG PROFESIONAL, cuba renung-renungkan.  Seorang sukarelawan akan cuba untuk memahami profesion kerja sosial dan menjiwainya kerana mereka tahu bahawa kerja sosial dapat membantu sukarelawan dalam melaksanakan gerak kerja sukarela.  Contohnya dari segi proses intervensi sepertimana yang dilakukan oleh pekerja sosial.

Sebagai pekerja sosial, anda cubalah untuk selalu menyertai kerja-kerja sukarela, belajar dari para sukarelawan bagaimana mereka  melayan kerenah-kerena masyarakat yang menuntut pelbagai keperluan daripada mereka.  Namun mereka tetap bersabar dan terus menerus melakukan kerja sukarela, kerana mereka MEMAHAMI apakah bidang kerja sukarela, dan kenapa mereka perlu jalankan  kerja sukarela walupun mungkin ada sesetengah  para sukarelawan melakukan kerja kerana ada kepentingan tertentu.

 Wahai PEKERJA SOSIAL MALAYSIA, bangkitlah untuk MENJIWAI bidang KERJA SOSIAL sepertimana mana PARA SUKARELAWAN yang BERTEBARAN DI SELURUH ALAM.

Sekian, SALAM

TUAN MUHAMMAD ZUKRI

*cadangan bacaan lain (buka laman web SUKARELAWANMALAYSIA di http://sukarelawanmalaysia.com DR AZIZAN BAHARI)

Saturday 16 July 2011

kerja sosial : kerja pengorbanan

SALAM SEMUA, Allahamdulillah, syukur kerana Allah S.W.T masih memberi ku bernafas dalam meneruskan diri sebagai seorang hamba dalam menggalas tugas serta beribat kepadaNya.  Mungkin dua tiga hari ini saudara dan saudari pembaca sekalian menempuh segala suka dan  duka yang mana ia mengajar tentang erti kehidupan.  Erti kehidupan yang mengajar dalam menempuh kehidupan yang mendatang.

Isu dan renungan yang ingin sama-sama kita fikirkan berkenaan dunia kerja sosial pada kali ini adalah berkaitan KERJA SOSIAL : KERJA PENGORBANAN.  Mungkin saudara/saudari, pejuang-pejuang manusia tertanya apakah yang ingin saya sampaikan sebenarnya. Apakah yang tersirat melalui yang tersurat tentang isu atau renungan pada kali ini. 

Apakah yang dikatakan PEGORBANAN dalam dunia kerja sosial.  Kerja sosial mepunyai falsafah iaitu membantu/menolong manusia ke arah yang lebih baik dan  dalam kehidupan seharian kita sendiri, sebagai ahli dalam masyarakat kita tidak boleh lari daripada kehidupan secara kolektif (kerjasama). Manusia saling memerlukan antara satu sama lain (person-in environmet) bagi meneruskan kehidupan.  Kerja sosial adalah satu bidang yang memerlukan pengamal-pengamalnya banyak berkorban demi memenuhi tuntutan orang lain tanpa membiarkan diri dan keluarga sendiri. 

PENGORBANAN yang dilakukan adalah merupakan nilai tambah kepada pekerja sosial dalam diri mereka.  Semua orang boleh BELAJAR kerja sosial, tetapi belum tentu proses belajar yang dialami akan  mengajar  pekerja sosia yang mempunyai JIWA dalam diri mereka sebagai seorang pekerja sosial.  Mereka yang mempunyai JIWA kerja sosial sanggup mengorbankan keperluan dan kehendak diri semata-mata ingin membantu klien atau masyarakat mendapat kehidupan yang sempurna. Siapakah yang sanggup mengorbankan MASA, WANG RINGGIT dan TENAGA yang ada semata-mata kerana orang lain ?  Sebab itu saya katakan kerja sosial adalah bidang yang penuh dengan PENGORBANAN.

PENGORBANAN yang dilakukan akan membentuk diri kita MENJIWAI kerja sosial.  Bukan mudah untuk membuat pengorbanan, kita boleh bercakap tentang kehebatan kerja sosial kepada masyarakat, namun kita belum tentu hebat untuk membuat PENGORBANAN. Bagi pelajar-pelajar jika anda ingin bertapak dalam bidang kerja sosial anda perlu melakukan PENGORBANAN sedaya yang mampu, mungkin membuat kerja-kerja sosial dalam lapangan semasa cuti minggu dan teribat dengan aktiviti-aktiviti sukarelawan yang dianjurkan oleh pihak Universiti.   Sukarelawan sememangnya berbeza dengan bidang kerja sosial, namun harus diingat, budaya sukarelawan lah antara faktor untuk mengajar anda menjiwai bidang kerja sosial (akan dibincangkan pada coretan akan datang)

Sekian Terima Kasih

KERJA SOSIAL:KERJA PENGORBANAN.

Tuan Muhammad Zukri ...



Wednesday 13 July 2011

ku datang mencari ilmu

SALAM SEMUA , Allahamdulillah dapat juga aku membina sebuah blog (blog hingusan) yang sebenarnya sudah berkurun lamanya terpendam dihati yang ingin ku bina, akhirnya tercapai jua hasrat ku di bumi sintok.:-). Penulisan blog ini bukanlah untuk bermegah-megah jauh sekali menunjuk-nunjuk.  Blog ini mempunyai matlamatnya yang tersendiri.  Matlamat yang dicoret bukan hanya di atas blog, tetapi akan cuba untuk diaplikasikan di dunia yang nyata.

Blog ini bermatlamat untuk berkongsi pengalaman dan idea antara pengamal pekerja sosial dan juga bukan pekerja sosial, sukarelawan dan serta manusia yang ingin melihat kegembiraan pada setiap diri individu yang bernama manusia.  Kegembiraan itu bukan kerana datangnya daripada punca dan sumber yang tidak produktif tetapi adalah daripada sumber yang berproduktif.

Blog ini juga bukan untuk melatih individu-individu SECARA LANGSUNG yang ingin menjadi seorang PEKERJA SOSIAL PROFESIONAL . Jika anda mempunyai niat dan keinginan yang bersungguh untuk menjadi pengamal pekerja sosial yang profesional, anda memerlukan ilmu pengetahuan, kemahiran, serta nilai/etika dalam bidang kerja sosial.  Ketiga-tiga elemen yang diperkatakan tadi perlu di ikuti di institusi-institusi akademik yang melatih anda ke arah KEPROFESIONALAN KERJA SOSIAL.

Sekian Terima Kasih.

KERJA SOSIAL : KERJA PENGORBANAN.


Tuan Muhammad Zukri...