Saturday 16 July 2011

kerja sosial : kerja pengorbanan

SALAM SEMUA, Allahamdulillah, syukur kerana Allah S.W.T masih memberi ku bernafas dalam meneruskan diri sebagai seorang hamba dalam menggalas tugas serta beribat kepadaNya.  Mungkin dua tiga hari ini saudara dan saudari pembaca sekalian menempuh segala suka dan  duka yang mana ia mengajar tentang erti kehidupan.  Erti kehidupan yang mengajar dalam menempuh kehidupan yang mendatang.

Isu dan renungan yang ingin sama-sama kita fikirkan berkenaan dunia kerja sosial pada kali ini adalah berkaitan KERJA SOSIAL : KERJA PENGORBANAN.  Mungkin saudara/saudari, pejuang-pejuang manusia tertanya apakah yang ingin saya sampaikan sebenarnya. Apakah yang tersirat melalui yang tersurat tentang isu atau renungan pada kali ini. 

Apakah yang dikatakan PEGORBANAN dalam dunia kerja sosial.  Kerja sosial mepunyai falsafah iaitu membantu/menolong manusia ke arah yang lebih baik dan  dalam kehidupan seharian kita sendiri, sebagai ahli dalam masyarakat kita tidak boleh lari daripada kehidupan secara kolektif (kerjasama). Manusia saling memerlukan antara satu sama lain (person-in environmet) bagi meneruskan kehidupan.  Kerja sosial adalah satu bidang yang memerlukan pengamal-pengamalnya banyak berkorban demi memenuhi tuntutan orang lain tanpa membiarkan diri dan keluarga sendiri. 

PENGORBANAN yang dilakukan adalah merupakan nilai tambah kepada pekerja sosial dalam diri mereka.  Semua orang boleh BELAJAR kerja sosial, tetapi belum tentu proses belajar yang dialami akan  mengajar  pekerja sosia yang mempunyai JIWA dalam diri mereka sebagai seorang pekerja sosial.  Mereka yang mempunyai JIWA kerja sosial sanggup mengorbankan keperluan dan kehendak diri semata-mata ingin membantu klien atau masyarakat mendapat kehidupan yang sempurna. Siapakah yang sanggup mengorbankan MASA, WANG RINGGIT dan TENAGA yang ada semata-mata kerana orang lain ?  Sebab itu saya katakan kerja sosial adalah bidang yang penuh dengan PENGORBANAN.

PENGORBANAN yang dilakukan akan membentuk diri kita MENJIWAI kerja sosial.  Bukan mudah untuk membuat pengorbanan, kita boleh bercakap tentang kehebatan kerja sosial kepada masyarakat, namun kita belum tentu hebat untuk membuat PENGORBANAN. Bagi pelajar-pelajar jika anda ingin bertapak dalam bidang kerja sosial anda perlu melakukan PENGORBANAN sedaya yang mampu, mungkin membuat kerja-kerja sosial dalam lapangan semasa cuti minggu dan teribat dengan aktiviti-aktiviti sukarelawan yang dianjurkan oleh pihak Universiti.   Sukarelawan sememangnya berbeza dengan bidang kerja sosial, namun harus diingat, budaya sukarelawan lah antara faktor untuk mengajar anda menjiwai bidang kerja sosial (akan dibincangkan pada coretan akan datang)

Sekian Terima Kasih

KERJA SOSIAL:KERJA PENGORBANAN.

Tuan Muhammad Zukri ...



No comments:

Post a Comment