Friday 12 August 2011

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

SALAM SEMUA, sudah agak lama kita tidak bersua. Rasanya masih tidak terlambat untuk saya nyatakan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN kepada semua kawan-kawan yang berada diluar sana.  Ramadhan merupakan satu bulan yang mulia, dimana bulan yang terbaik antara seribu bulan.  Bulan RAMADHAN hanya dikurniakan kepada umat NABI MUHAMMAD S.A.W dan tidak kepada umat-umat yang terdahulu.  Begitu hebatnya umat akhir zaman, UMAT NABI S.A.W. 

Bulan ini juga menuntut untuk kita bersabar dalam banyak perkara, ALLAH S.W.T ingin menguji iman hambaNya, sejauhmanakah hambaNya dapat taat perintahNya.  Di bulan yang mulia ini juga, kita dibanyakkan untuk berbakti kepada manusia yang lain di mana mungkin ada segelintir daripada masyarakat yang tidak mampu untuk menikmati hidangan pada waktu berbuka.  Mungkin kita seronok dengan pulang dari kerja, singgah di bazar-bazar Ramadhan yang dipenuhi dengan pelbagai juadah pembuka selera.  Tapi adakah kita ingat pada mereka yang kurang bernasib baik.



Sebagai pekerja sosial, sukarelawan, aktivis, pengamal kerja sosial sepatutnya perlu mengambil cakna akan hal ini.  Kita sepatutnya meluangkan masa untuk bersama-sama dengan mereka, menyelami hati mereka dan cuba menolong mereka.  Kita boleh membuat kebajikan dengan mengumpul dana-dana daripada mereka yang berkemampuan pada bulan ini. Bukan alasan untuk menyatakan bahawa bulan puasa adalah bulan untuk berehat dan hanya berada dimasjid-masjid semata-mata.  Cuba keluar sebentar untuk lihat kehidupan masyarakat luar disana.  Harus diingat bahawa dibulan ini, ramai dikalangan masyarakat hendak menderma, jadi kitalah sebagai pekerja sosial/sukarelawan/pengamal kerja sosial menjadi orang tengah untuk menyampaikan bantuan-bantuan tersebut.

Semoga segala kebajikan yang kita lakukan akan dibalas dengan ganjaran oleh ALLAH S.W.T. Semoga ketemu lagi di coretan yang akan datang

SEKIAN TERIMA KASIH

SALAM.

TUAN MUHAMMAD ZUKRI BIN TUAN SEMBOK