Sunday 24 July 2011

Kerja Sosial dan Sukarelawan

 SALAM SEMUA, Allahamdulillah bertemu lagi kita pertemuan  pada kali ini.  Sepanjang minggu ini dan minggu lepas kita ditonton dikaca tv dengan kehebatan wira-wira negara bola sepak berjuang demi sebiji bola untuk dirembat ke dalam gol, tahniah wira-wira Malaysia, permainan mu menghiburkan kami semua.  Namun kita tinggal dahulu sejenak berkenaan bola sepak untuk kita terus berkongsi tentang isu dalam dunia kerja sosial. Pekerja sosial bertugas berjuang untuk membina anak bangsa yang baik pada masa hadapan.  Kali ini saya ingin berkongsi berkaitan PEKERJA SOSIAL DAN SUKARELAWAN.



Saudara/saudari sekalian, kerja sosial adalah satu bidang yang profesional dan ia di iktiraf sebagai PROFESION (KERJAYA) dikebanyakkan negara-negara luar.  Di negara luar pekerja sosial begitu  di tagih khidmatnya dalam membangunkan ahli masyarakat sama ada perkhidmatan kepada individu, kumpulan serta komuniti (mikro, mezzo dan makro) bagi meningkatkan kesejahteraan sosial  Kerja sosial bekerja dengan manusia dan bukannya dengan peralatan teknologi seperti jurutera ,mekanik, dan sebagainya.  Manusia mempunyai hati dan perasaan yang berubah-ubah setiap masa dan keadaan. Ia lebih sukar berbanding dengan bekerja dengan peralatan teknologi yang perlu di repair apabila mengalami kerosakan.

SUKARELAWAN merupakan individu manusia sama ada bergerak secara individual atau berkumpulan yang menjalankan kerja sukarela.  Kerja sukarela adalah berbeza dengan kerja amal, kerja amal akan melibatkan satu hala sahaja iaitu pemberi akan memberi kepada penerima dan sukarela pula akan melibatkan kedua-dua pihak yang akan bekerja iaitu pemberi dan penerima.  Bukan semua manusia mempunyai jiwa dalam melakukan kerja sukarela kerana ia menuntut kepada pengorbanan seperti  profesion kerja sosial.  Namun apa yang membezakan profesion kerja sosial dan sukarelawan adalah dari segi ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai/etika yang terdapat dalam profesion kerja sosial.  Bukan saya katakan yang sukarelawan tiada elemen yang saya perkatakan tadi, tetapisukarelawan mempunyai eleman yang berbeza  dengan profesion kerja sosial.

Pekerja sosial yang ingin menjiwai profesion kerja sosial memerlukan sifat seperti yang ada dalam diri sukarelawan.  Sukarelawan mengajar tentang banyak pengobanan, dan ia mesti (boleh dikatakan wajib) ada dalam diri seorang pekerja sosial.  Pekerja sosial mungkin boleh belajar bidang kerja sosial sehingga ke tahap PhD tetapi belum tentu ia MENJIWAI bidang kerja sosial jika tiadanya sifat sepertimana diri seorang sukarelawan.  Anda semua cuba renungi sambil berada di beranda/anjung rumah untuk memahami apakah yang saya katakan ini benar atau salah.  Jika anda mengelarkan diri anada seorang PEKERJA SOSIAL YANG PROFESIONAL, cuba renung-renungkan.  Seorang sukarelawan akan cuba untuk memahami profesion kerja sosial dan menjiwainya kerana mereka tahu bahawa kerja sosial dapat membantu sukarelawan dalam melaksanakan gerak kerja sukarela.  Contohnya dari segi proses intervensi sepertimana yang dilakukan oleh pekerja sosial.

Sebagai pekerja sosial, anda cubalah untuk selalu menyertai kerja-kerja sukarela, belajar dari para sukarelawan bagaimana mereka  melayan kerenah-kerena masyarakat yang menuntut pelbagai keperluan daripada mereka.  Namun mereka tetap bersabar dan terus menerus melakukan kerja sukarela, kerana mereka MEMAHAMI apakah bidang kerja sukarela, dan kenapa mereka perlu jalankan  kerja sukarela walupun mungkin ada sesetengah  para sukarelawan melakukan kerja kerana ada kepentingan tertentu.

 Wahai PEKERJA SOSIAL MALAYSIA, bangkitlah untuk MENJIWAI bidang KERJA SOSIAL sepertimana mana PARA SUKARELAWAN yang BERTEBARAN DI SELURUH ALAM.

Sekian, SALAM

TUAN MUHAMMAD ZUKRI

*cadangan bacaan lain (buka laman web SUKARELAWANMALAYSIA di http://sukarelawanmalaysia.com DR AZIZAN BAHARI)

Saturday 16 July 2011

kerja sosial : kerja pengorbanan

SALAM SEMUA, Allahamdulillah, syukur kerana Allah S.W.T masih memberi ku bernafas dalam meneruskan diri sebagai seorang hamba dalam menggalas tugas serta beribat kepadaNya.  Mungkin dua tiga hari ini saudara dan saudari pembaca sekalian menempuh segala suka dan  duka yang mana ia mengajar tentang erti kehidupan.  Erti kehidupan yang mengajar dalam menempuh kehidupan yang mendatang.

Isu dan renungan yang ingin sama-sama kita fikirkan berkenaan dunia kerja sosial pada kali ini adalah berkaitan KERJA SOSIAL : KERJA PENGORBANAN.  Mungkin saudara/saudari, pejuang-pejuang manusia tertanya apakah yang ingin saya sampaikan sebenarnya. Apakah yang tersirat melalui yang tersurat tentang isu atau renungan pada kali ini. 

Apakah yang dikatakan PEGORBANAN dalam dunia kerja sosial.  Kerja sosial mepunyai falsafah iaitu membantu/menolong manusia ke arah yang lebih baik dan  dalam kehidupan seharian kita sendiri, sebagai ahli dalam masyarakat kita tidak boleh lari daripada kehidupan secara kolektif (kerjasama). Manusia saling memerlukan antara satu sama lain (person-in environmet) bagi meneruskan kehidupan.  Kerja sosial adalah satu bidang yang memerlukan pengamal-pengamalnya banyak berkorban demi memenuhi tuntutan orang lain tanpa membiarkan diri dan keluarga sendiri. 

PENGORBANAN yang dilakukan adalah merupakan nilai tambah kepada pekerja sosial dalam diri mereka.  Semua orang boleh BELAJAR kerja sosial, tetapi belum tentu proses belajar yang dialami akan  mengajar  pekerja sosia yang mempunyai JIWA dalam diri mereka sebagai seorang pekerja sosial.  Mereka yang mempunyai JIWA kerja sosial sanggup mengorbankan keperluan dan kehendak diri semata-mata ingin membantu klien atau masyarakat mendapat kehidupan yang sempurna. Siapakah yang sanggup mengorbankan MASA, WANG RINGGIT dan TENAGA yang ada semata-mata kerana orang lain ?  Sebab itu saya katakan kerja sosial adalah bidang yang penuh dengan PENGORBANAN.

PENGORBANAN yang dilakukan akan membentuk diri kita MENJIWAI kerja sosial.  Bukan mudah untuk membuat pengorbanan, kita boleh bercakap tentang kehebatan kerja sosial kepada masyarakat, namun kita belum tentu hebat untuk membuat PENGORBANAN. Bagi pelajar-pelajar jika anda ingin bertapak dalam bidang kerja sosial anda perlu melakukan PENGORBANAN sedaya yang mampu, mungkin membuat kerja-kerja sosial dalam lapangan semasa cuti minggu dan teribat dengan aktiviti-aktiviti sukarelawan yang dianjurkan oleh pihak Universiti.   Sukarelawan sememangnya berbeza dengan bidang kerja sosial, namun harus diingat, budaya sukarelawan lah antara faktor untuk mengajar anda menjiwai bidang kerja sosial (akan dibincangkan pada coretan akan datang)

Sekian Terima Kasih

KERJA SOSIAL:KERJA PENGORBANAN.

Tuan Muhammad Zukri ...



Wednesday 13 July 2011

ku datang mencari ilmu

SALAM SEMUA , Allahamdulillah dapat juga aku membina sebuah blog (blog hingusan) yang sebenarnya sudah berkurun lamanya terpendam dihati yang ingin ku bina, akhirnya tercapai jua hasrat ku di bumi sintok.:-). Penulisan blog ini bukanlah untuk bermegah-megah jauh sekali menunjuk-nunjuk.  Blog ini mempunyai matlamatnya yang tersendiri.  Matlamat yang dicoret bukan hanya di atas blog, tetapi akan cuba untuk diaplikasikan di dunia yang nyata.

Blog ini bermatlamat untuk berkongsi pengalaman dan idea antara pengamal pekerja sosial dan juga bukan pekerja sosial, sukarelawan dan serta manusia yang ingin melihat kegembiraan pada setiap diri individu yang bernama manusia.  Kegembiraan itu bukan kerana datangnya daripada punca dan sumber yang tidak produktif tetapi adalah daripada sumber yang berproduktif.

Blog ini juga bukan untuk melatih individu-individu SECARA LANGSUNG yang ingin menjadi seorang PEKERJA SOSIAL PROFESIONAL . Jika anda mempunyai niat dan keinginan yang bersungguh untuk menjadi pengamal pekerja sosial yang profesional, anda memerlukan ilmu pengetahuan, kemahiran, serta nilai/etika dalam bidang kerja sosial.  Ketiga-tiga elemen yang diperkatakan tadi perlu di ikuti di institusi-institusi akademik yang melatih anda ke arah KEPROFESIONALAN KERJA SOSIAL.

Sekian Terima Kasih.

KERJA SOSIAL : KERJA PENGORBANAN.


Tuan Muhammad Zukri...