Thursday 17 November 2011

PEKERJA SOSIAL: MODAL INSAN & MODAL SOSIAL

SALAM SEMUA, SALAM PEKERJA SOSIAL:-).

Apa khabar semua, diharap semua berada dalam keadaan yang baik dan memuaskan. Mungkin agak lama penulis tidak menulis di blog dek kerana beberapa kekangan yang tidak dapat untuk diulaskan. Kali ni, penulis ingin mengenengahkan isu yang mana sudah lama dan sering di perkatakan sama ada di bibir pemimpin-pemimpin mahupun dalam kalangan masyarakat umumnya iaitu persoalan modal insan dan modal sosial. 

Isu ni seperti memanggil-manggil penulis untuk berkongsi setelah beberapa sesi pengajaran yang disampaikan dan perbincangan yang tidak langsung penulis bersama-sama pelajar didalam kelas.  Isu ni telah diperdebatkan  dengan hangat di dalam kelas bersama-sama pelajar dan kerisauan semakin memuncak apabila melihat pelbagai permasalahan yang seringkali berlaku di dalam masyarakat akhir-akhir ini.

Modal insan adalah merupakan satu istilah yang sepatutnya tidak asing dalam dunia pembangunan manusia dan masyarakat hatta kepada profesion pekerja sosial.  Modal insan perlu wujud didalam setiap insan yang bergelar manusia.  Modal insan yang terbina dalam diri seseorang akan melahirkan individu yang mempunyai "elemen-elemen" ilmu pngetahuan, baik budi pekertinya, keluhuran akhlak (intergriti), bersopan santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, shat, bersemangat patriotik, adil dan sebagainya.  Elemen-elemen inilah yang diperlukan oleh seorang pekerja sosial yang profesional agar dapat membantu dalam proses intervensi.

Modal Sosial pula merupakan satu komponen yang mana ia merangkumi aspek perhubungan, jaringan (networking) serta perkongsian nilai dan norma yang mana ia secara bersama dalam memberi manfaat di dalam masyarakat setempat (komuniti) sekaligus mencapai kearah kesejahteraan hidup.

Modal Insan serta Modal Sosial merupakan saling perkaitan antara satu sama lain, dan kedua-duanyasaling melengkapi bagi membina seorang pekerja sosial yang holistik.  Pekerja sosial holistik yang ingin saya ketengahkan disini ialah pekerja sosial yang bukan hanya hebat dari segi ilmu pengetahuan serta merasakan dirinya hebat dan serba tahu tetapi juga perlu kemahiran pergaulan dalam masyarakat.  Pergaulan antara masyarakat melahirkan pekerja sosial yang mempunyai kasih sayang serta kebertanggungjawaban sosial dalam membangunkan masyakat yang baik.  Pekerja sosial memerlukan perhubungan dengan manusia bagi memahami apakah keperluan serta kehendak yang perlu dipenuhi menerus proses intervensi. Sebagai seorang pekerja sosial anda tidak boleh bersifat individualistik (bersendiri) anda perlu bergaul dengan masyarakat.

Oleh itu, seorang pekerja sosial yang profesional perlulah berusaha melengkapi diri bukan hanya "kaya" dengan modal insan tetapi juga "mewah" dari segi elemen-elemen modal sosial agar proses intervensi yang diberikan kepada klien adalah yang terbaik.

SEKIAN SALAM,
SALAM PEKERJA SOSIAL.

Tuan Muhammad Zukri Bin Tuan Sembok

No comments:

Post a Comment