Sunday 24 July 2011

Kerja Sosial dan Sukarelawan

 SALAM SEMUA, Allahamdulillah bertemu lagi kita pertemuan  pada kali ini.  Sepanjang minggu ini dan minggu lepas kita ditonton dikaca tv dengan kehebatan wira-wira negara bola sepak berjuang demi sebiji bola untuk dirembat ke dalam gol, tahniah wira-wira Malaysia, permainan mu menghiburkan kami semua.  Namun kita tinggal dahulu sejenak berkenaan bola sepak untuk kita terus berkongsi tentang isu dalam dunia kerja sosial. Pekerja sosial bertugas berjuang untuk membina anak bangsa yang baik pada masa hadapan.  Kali ini saya ingin berkongsi berkaitan PEKERJA SOSIAL DAN SUKARELAWAN.



Saudara/saudari sekalian, kerja sosial adalah satu bidang yang profesional dan ia di iktiraf sebagai PROFESION (KERJAYA) dikebanyakkan negara-negara luar.  Di negara luar pekerja sosial begitu  di tagih khidmatnya dalam membangunkan ahli masyarakat sama ada perkhidmatan kepada individu, kumpulan serta komuniti (mikro, mezzo dan makro) bagi meningkatkan kesejahteraan sosial  Kerja sosial bekerja dengan manusia dan bukannya dengan peralatan teknologi seperti jurutera ,mekanik, dan sebagainya.  Manusia mempunyai hati dan perasaan yang berubah-ubah setiap masa dan keadaan. Ia lebih sukar berbanding dengan bekerja dengan peralatan teknologi yang perlu di repair apabila mengalami kerosakan.

SUKARELAWAN merupakan individu manusia sama ada bergerak secara individual atau berkumpulan yang menjalankan kerja sukarela.  Kerja sukarela adalah berbeza dengan kerja amal, kerja amal akan melibatkan satu hala sahaja iaitu pemberi akan memberi kepada penerima dan sukarela pula akan melibatkan kedua-dua pihak yang akan bekerja iaitu pemberi dan penerima.  Bukan semua manusia mempunyai jiwa dalam melakukan kerja sukarela kerana ia menuntut kepada pengorbanan seperti  profesion kerja sosial.  Namun apa yang membezakan profesion kerja sosial dan sukarelawan adalah dari segi ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai/etika yang terdapat dalam profesion kerja sosial.  Bukan saya katakan yang sukarelawan tiada elemen yang saya perkatakan tadi, tetapisukarelawan mempunyai eleman yang berbeza  dengan profesion kerja sosial.

Pekerja sosial yang ingin menjiwai profesion kerja sosial memerlukan sifat seperti yang ada dalam diri sukarelawan.  Sukarelawan mengajar tentang banyak pengobanan, dan ia mesti (boleh dikatakan wajib) ada dalam diri seorang pekerja sosial.  Pekerja sosial mungkin boleh belajar bidang kerja sosial sehingga ke tahap PhD tetapi belum tentu ia MENJIWAI bidang kerja sosial jika tiadanya sifat sepertimana diri seorang sukarelawan.  Anda semua cuba renungi sambil berada di beranda/anjung rumah untuk memahami apakah yang saya katakan ini benar atau salah.  Jika anda mengelarkan diri anada seorang PEKERJA SOSIAL YANG PROFESIONAL, cuba renung-renungkan.  Seorang sukarelawan akan cuba untuk memahami profesion kerja sosial dan menjiwainya kerana mereka tahu bahawa kerja sosial dapat membantu sukarelawan dalam melaksanakan gerak kerja sukarela.  Contohnya dari segi proses intervensi sepertimana yang dilakukan oleh pekerja sosial.

Sebagai pekerja sosial, anda cubalah untuk selalu menyertai kerja-kerja sukarela, belajar dari para sukarelawan bagaimana mereka  melayan kerenah-kerena masyarakat yang menuntut pelbagai keperluan daripada mereka.  Namun mereka tetap bersabar dan terus menerus melakukan kerja sukarela, kerana mereka MEMAHAMI apakah bidang kerja sukarela, dan kenapa mereka perlu jalankan  kerja sukarela walupun mungkin ada sesetengah  para sukarelawan melakukan kerja kerana ada kepentingan tertentu.

 Wahai PEKERJA SOSIAL MALAYSIA, bangkitlah untuk MENJIWAI bidang KERJA SOSIAL sepertimana mana PARA SUKARELAWAN yang BERTEBARAN DI SELURUH ALAM.

Sekian, SALAM

TUAN MUHAMMAD ZUKRI

*cadangan bacaan lain (buka laman web SUKARELAWANMALAYSIA di http://sukarelawanmalaysia.com DR AZIZAN BAHARI)

No comments:

Post a Comment