Wednesday 13 July 2011

ku datang mencari ilmu

SALAM SEMUA , Allahamdulillah dapat juga aku membina sebuah blog (blog hingusan) yang sebenarnya sudah berkurun lamanya terpendam dihati yang ingin ku bina, akhirnya tercapai jua hasrat ku di bumi sintok.:-). Penulisan blog ini bukanlah untuk bermegah-megah jauh sekali menunjuk-nunjuk.  Blog ini mempunyai matlamatnya yang tersendiri.  Matlamat yang dicoret bukan hanya di atas blog, tetapi akan cuba untuk diaplikasikan di dunia yang nyata.

Blog ini bermatlamat untuk berkongsi pengalaman dan idea antara pengamal pekerja sosial dan juga bukan pekerja sosial, sukarelawan dan serta manusia yang ingin melihat kegembiraan pada setiap diri individu yang bernama manusia.  Kegembiraan itu bukan kerana datangnya daripada punca dan sumber yang tidak produktif tetapi adalah daripada sumber yang berproduktif.

Blog ini juga bukan untuk melatih individu-individu SECARA LANGSUNG yang ingin menjadi seorang PEKERJA SOSIAL PROFESIONAL . Jika anda mempunyai niat dan keinginan yang bersungguh untuk menjadi pengamal pekerja sosial yang profesional, anda memerlukan ilmu pengetahuan, kemahiran, serta nilai/etika dalam bidang kerja sosial.  Ketiga-tiga elemen yang diperkatakan tadi perlu di ikuti di institusi-institusi akademik yang melatih anda ke arah KEPROFESIONALAN KERJA SOSIAL.

Sekian Terima Kasih.

KERJA SOSIAL : KERJA PENGORBANAN.


Tuan Muhammad Zukri...

2 comments:

  1. assalamualaikun encik...kerja sosial dengan kebajikan sosial apa bezanya???terima kasih di atas perkongsian...saya student tahun dua pengurusan kerja sosial

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam dan Assalamualaikum kembali. Maaf lambat reply msj, kerana saya agak lama tak buka blog. Saudari fatimah sempat ke dengan saya masa di uum sebelum ni?

      berkaitan pertanyaan saudari, saya cuba ringkaskan jawapannya,

      Kerja sosial adalah merupakan satu profesyen yang tersendiri dan harus memiliki ilmu pengetahuan, kemahiran serta nilai/etika dalam kerja sosial. Itu syarat untuk mereka bergelar social worker yang profesional. Mereka adalah individu yang terlatih dalam melaksanakan proses intervensi yang mampu untuk meningkatkan kesejahteraan hidup dalam konteks mikro, messo dan makro. Bukan hanya sekadar memberi bantuan intervensi dalam bentuk wang ringgit atau bantuan fizikal semata-mata. Klien yang kita bantu harus sustainability (kelestarian) dan mampu mempunyai mekanisme daya tindak jika berlaku lagi permasalahan pada diri klien. Mereka tidak semestinya bergerak dibawah institusi sosial (formal/kerajaan) semata-mata.

      Kebajikan sosial, pula seringkali merujuk kepada institusi sosial yang mana mereka ini lebih kepada perancang polisi, program-program kebajikan terutamanya dalam menyediakan keperluan asas masyarakat. Dan institusi ini tidak semestinya dianggotai oleh pekerja sosial sepenuhnya, mungkin ada kuanselor, psikologi dan sebagainya.

      diharap penerangan ringkas tersebut dapat membantu saudari fatimah.

      Sekian.

      Delete